INILAH HUJJAH-HUJJAHNYA…
oleh Al-Asyairah
Al-Syafii
SEJARAH PERINGATAN MAULID
NABI
Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi??? Peringatan Maulid
Nabi pertama kali dilakukan oleh raja Irbil
(wilayah Iraq
sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah.
Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata: “Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan
maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran.
Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil
-semoga Allah merahmatinya-”. Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa
dalam peringatan tersebut Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan
seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu
fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf
dan lainnya. Sejak tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi beliau telah
melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan
para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para
ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan
al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua berpandang dan menganggap baik perayaan
maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu. Ibn Khallikan dalam kitab
Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari
Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil
pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil
tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana
itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang
diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian
beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar. Para
ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai
sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para ulama
terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah
menyatakan demikian. Di antara mereka seperti al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H),
al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H), Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H),
al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn
Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn
`Abd al-Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit
al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja
(W. 1351 H) dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan
al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn
al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa
dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia,
dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi. Hukum Peringatan
Maulid Nabi Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang
dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian
sifat-sifat nabi yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan
kebaikan kebaikan yang agung. Tentu jika perayaan tersebut terhindar dari
bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’. Sebagaimana dijelaskan di atas
bahwa perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini
bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam, para sahabat dan generasi Salaf. Namun demikian tidak bererti hukum
perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu
yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau
tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan
ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri.
“مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ
سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ
غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. (رواه مسلم في صحيحه)”.
Ertinya: “Barang siapa yang
melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan
mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan
pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka
sedikitpun”. (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).
Faedah daripada Hadith tersebut: Hadith ini memberikan kelonggaran kepada
ulama’ ummat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam untuk melakukan perkara-perkara
baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar
(peninggalan) mahupun Ijma` ulama’. Peringatan maulid Nabi adalah perkara baru
yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil
tersebut. Dengan demikian bererti hukumnya boleh, bahkan salah satu jalan untuk
mendapatkan pahala. Jika ada orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi,
bererti ia telah mempersempit kelonggaran yang telah Allah berikan kepada
hamba-Nya untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada
zaman Nabi. 2. Dalil-dalil tentang adanya Bid`ah Hasanah yang telah disebutkan
dalam pembahasan mengenai Bid`ah. 3. Hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam
al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam kitab Shahih mereka. Diriwayatkan bahawa
ketika Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa
pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Rasulullah bertanya kepada mereka: “Untuk apa
mereka berpuasa?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir’aun
dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah karena
bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
bersabda:
“أَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ”.
Ertinya: “Aku lebih berhak
terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”. Lalu Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat baginda
untuk berpuasa. Faedah daripada Hadith tersebut: Pengajaran penting yang dapat
diambil daripada hadith ini ialah bahawa sangat dianjurkan untuk melakukan
perbuatan bersyukur kepada Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah
berikan pada hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan bersyukur kerana
memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian perbuatan
syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap tahunnya. Bersyukur
kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan berbagai bentuk ibadah,
seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya.
Bukankah kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah nikmat yang
paling besar bagi umat ini?! Adakah nikmat yang lebih agung daripada
dilahirkannya Rasulullah pada bulan Rabi’ul Awwal ini?! Adakah nikmat dan
kurniaan yang lebih agung daripada pada kelahiran Rasulullah yang menyelamatkan
kita dari jalan kesesatan?! Demikian inilah yang telah dijelaskan oleh
al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani. 4. Hadits riwayat al-Imam Muslim di dalam
kitab Shahihnya. Bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika ditanya
mengapa beliau puasa pada hari Isnin, beliau menjawab:
“ذلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ”.
Ertinya: “Hari itu adalah
hari dimana aku dilahirkan”. (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim) Faedah daripada
Hadith tersebut: Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam melakukan puasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahawa
pada hari itu baginda dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam, ertinya jika baginda berpuasa pada hari isnin
kerana bersyukur kepada Allah atas kelahiran baginda sendiri pada hari itu,
maka demikian pula bagi kita sudah selayaknya pada tanggal kelahiran Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam tersebut untuk kita melakukan perbuatan syukur,
misalkan dengan membaca al-Qur’an, membaca kisah kelahiran baginda, bersedekah,
atau melakukan perbuatan baik dan lainnya. Kemudian, oleh kerana puasa pada
hari isnin diulangi setiap minggunya, maka bererti peringatan maulid juga
diulangi setiap tahunnya. Dan kerana hari kelahiran Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam masih diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai
tanggalnya, -bukan pada harinya-, maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal
12, 2, 8, atau 10 Rabi’ul Awwal atau pada tanggal lainnya. Bahkan tidak menjadi
masalah bila perayaan ini dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun,
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Hafizh al-Sakhawi seperti yang akan
dinyatakan di bawah ini. Fatwa Beberapa Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah: 1.
Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith
al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:
“أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ
لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ،
وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ
تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”.
وَقَالَ: “وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ”.
Ertinya: “Asal peringatan
maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’) al-Salaf
al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid
mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam
peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi
lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn
Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan
Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”. 2. Fatwa al-Imam al-Hafizh
al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal
al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:
عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ
النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ
الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ
الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ
غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ
عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ
الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ
ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ
زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ
وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ
عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ”.
Ertinya: “Menurutku: pada
dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan orang-orang beserta bacaan
beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadith-hadith tentang permulaan sejarah
Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan
hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar
setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah
(bid`ah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara
seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan
merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan
kelahirannya (rasulullah) yang mulia. Orang yang pertama kali melakukan
peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil ,
Sultan al-Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah
seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan
jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami` al-Muzhaffari di lereng
gunung Qasiyun”. 3. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di
dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:
لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ
الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ “بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ
الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ
فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ-
يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ
البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ
الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ،
بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ
مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ”. ثُمَّ
قَالَ: “قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ
الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ:
لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ
غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ
الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ
أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ.
Ertinya: “Peringatan Maulid
Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf al-Saleh
yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di
kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa
mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka
mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang
menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai
sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan
kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan
membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara
menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku
Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah
malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam
tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak
mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai
dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu
malam bulan Rabi’ul Awwal seluruhnya” . Jika kita membaca fatwa-fatwa para
ulama’ terkemuka ini dan merenungkannya dengan hati yang suci bersih, maka kita
akan mengetahui bahawa sebenarnya sikap “BENCI” yang timbul daripada sebahagian
golongan yang mengharamkan Maulid Nabi tidak lain hanya didasari kepada hawa
nafsu semata-mata. Orang-orang seperti itu sama sekali tidak mempedulikan
fatwa-fatwa para ulama’ yang saleh terdahulu. Di antara pernyataan mereka yang
sangat menghinakan ialah bahawa mereka seringkali menyamakan peringatan maulid
Nabi ini dengan perayaan hari Natal
yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari mereka,
kerana sangat benci terhadap perayaan Maulid Nabi ini, dengan tanpa malu dan
tanpa segan sama sekali berkata:
“إِنَّ الذَّبِيْحَةَ الَّتِيْ
تُذْبَحُ لإِطْعَامِ النَّاسِ فِيْ الْمَوْلِدِ أَحْرَمُ مِنَ الْخِنْزِيْرِ”.
Ertinya: “Sesungguhnya
binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid
lebih haram dari daging babi”. Golongan yang anti maulid seperti WAHHABI
menganggap bahawa perbuatan bid`ah seperti menyambut Maulid Nabi ini adalah
perbuatan yang mendekati syirik (kekufuran). Dengan demikian, menurut mereka,
lebih besar dosanya daripada memakan daging babi yang hanya haram sahaja dan
tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran). Jawab: Na`uzu Billah… Sesungguhnya
sangat kotor dan jahat perkataan orang seperti ini. Bagaimana ia berani dan
tidak mempunyai rasa malu sama sekali mengatakan peringatan Maulid Nabi, yang
telah dipersetujui oleh para ulama’ dan orang-orang saleh dan telah dianggap
sebagai perkara baik oleh para ulama’-ulama’ ahli hadith dan lainnya, dengan
perkataan buruk seperti itu?! Orang seperti ini benar-benar tidak mengetahui
kejahilan dirinya sendiri. Apakah dia merasakan dia telah mencapai darjat
seperti al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Hafizh al-Suyuthi atau al-Hafizh
al-Sakhawi atau mereka merasa lebih `alim dari ulama’-ulama’ tersebut?!
Bagaimana ia membandingkan makan daging babi yang telah nyata dan tegas
hukumnya haram di dalam al-Qur’an, lalu ia samakan dengan peringatan Maulid
Nabi yang sama sekali tidak ada unsur pengharamannya dari nas-nas syari’at
agama?! Ini bererti, bahawa golongan seperti mereka yang mengharamkan maulid
ini tidak mengetahui Maratib al-Ahkam (tingkatan-tingkatan hukum). Mereka tidak
mengetahui mana yang haram dan mana yang mubah (harus), mana yang haram dengan
nas (dalil al-Qur’an) dan mana yang haram dengan istinbath (mengeluarkan
hukum). Tentunya orang-orang ”BODOH” seperti ini sama sekali tidak layak untuk
diikuti dan dijadikan ikutan dalam mengamalkan agama ISLAM ini. Pembacaan
Kitab-kitab Maulid Di antara rangkaian acara peringatan Maulid Nabi adalah
membaca kisah-kisah tentang kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam.
Al-Hafizh al-Sakhawi menyatakan seperti berikut:
وَأَمَّا قِرَاءَةُ الْمَوْلِدِ فَيَنْبَغِيْ أَنْ يُقْتَصَرَ مِنْهُ عَلَى
مَا أَوْرَدَهُ أَئِمَّةُ الْحَدِيْثِ فِيْ تَصَانِيْفِهِمْ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ
كَالْمَوْرِدِ الْهَنِيِّ لِلْعِرَاقِيِّ– وَقَدْ حَدَّثْتُ بِهِ فِيْ الْمَحَلِّ
الْمُشَارِ إِلَيْهِ بِمَكَّةَ-، وَغَيْرِ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ بَلْ ذُكِرَ
ضِمْنًا كَدَلاَئِلِ النُّـبُوَّةِ لِلْبَيْهَقِيِّ، وَقَدْ خُتِمَ عَلَيَّ
بِالرَّوْضَةِ النَّـبَوِيَّةِ، لأَنَّ أَكْثَرَ مَا بِأَيْدِيْ الْوُعَّاظِ
مِنْهُ كَذِبٌ وَاخْتِلاَقٌ، بَلْ لَمْ يَزَالُوْا يُوَلِّدُوْنَ فِيْهِ مَا هُوَ
أَقْبَحُ وَأَسْمَجُ مِمَّا لاَ تَحِلُّ رِوَايَتُهُ وَلاَ سَمَاعُهُ، بَلْ يَجِبُ
عَلَى مَنْ عَلِمَ بُطْلاَنُهُ إِنْكَارُهُ، وَالأَمْرُ بِتَرْكِ قِرَائِتِهِ،
عَلَى أَنَّهُ لاَ ضَرُوْرَةَ إِلَى سِيَاقِ ذِكْرِ الْمَوْلِدِ، بَلْ يُكْتَفَى
بِالتِّلاَوَةِ وَالإِطْعَامِ وَالصَّدَقَةِ، وَإِنْشَادِ شَىْءٍ مِنَ
الْمَدَائِحِ النَّـبَوِيَّةِ وَالزُّهْدِيَّةِ الْمُحَرِّكَةِ لِلْقُلُوْبِ إِلَى
فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ وَاللهُ يَهْدِيْ مَنْ يَشَاءُ.
Ertinya: “Adapun pembacaan
kisah kelahiran Nabi maka sepatutnya yang dibaca itu hanya yang disebutkan oleh
para ulama’ ahli hadith di dalam kitab-kitab mereka yang khusus menceritakan
tentang kisah kelahiran Nabi, seperti al-Maurid al-Haniyy karangan al-‘Iraqi
(Aku juga telah mengajarkan dan membacakannya di Makkah), atau tidak khusus
-dengan karya-karya tentang maulid saja- tetapi juga dengan menyebutkan
riwayat-riwayat yang mengandungi tentang kelahiran Nabi, seperti kitab Dala-il
al-Nubuwwah karangan al-Baihaqi. Kitab ini juga telah dibacakan kepadaku hingga
selesai di Raudhah Nabi. Kerana kebanyakan kisah maulid yang ada di tangan para
penceramah adalah riwayat-riwayat bohong dan palsu, bahkan hingga kini mereka
masih terus mengeluarkan riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang lebih buruk dan
tidak layak didengar, yang tidak boleh diriwayatkan dan didengarkan, justeru
sebaliknya orang yang mengetahui kebatilannya wajib mengingkari dan melarangnya
untuk dibaca. Padahal sebenarnya tidak boleh ada pembacaan kisah-kisah maulid
dalam peringatan maulid Nabi, melainkan cukup membaca beberapa ayat al-Qur’an,
memberi makan dan sedekah, didendangkan bait-bait Mada-ih Nabawiyyah
(pujian-pujian terhadap Nabi) dan syair-syair yang mengajak kepada hidup zuhud
(tidak loba kepada dunia), mendorong hati untuk berbuat baik dan beramal untuk
akhirat. Dan Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki”. Kesesatan
fahaman WAHHABI yang Anti Maulid: Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid
Nabi berkata: “Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah,
juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan
perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam melakukannya”. Jawab:
Baik, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, adakah baginda
melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya menjadi
sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang telah
nyata dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam.
Disebabkan itu Allah ta`ala berfirman
Ertinya: “Apa yang diberikan
oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka
tinggalkanlah”.
(Surah al-Hasyr: 7)
Dalam firman Allah ta`ala di
atas disebutkan “Apa yang dilarang ole Rasulullah atas kalian, maka
tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah maka
tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa perkara haram adalah sesuatu yang
dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi bukan
sesuatu yang ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram hukumnya hanya
dengan alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam.
Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan mengharamkannya.
Lalu kita katakan kepada mereka: “Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu
boleh (harus) atau sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam secara langsung yang khusus menjelaskannya?” Apakah untuk mengetahui
boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid harus ada nas khusus daripada
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang menyatakan tentang maulid itu
sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah menyatakan atau melakukan segala sesuatu
secara khusus dalam umurnya yang sangat singkat?! Bukankah jumlah nas-nas
syari`at, baik ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi, itu semua
terbatas, ertinya tidak membicarakan setiap peristiwa, padahal
peristiwa-peristiwa baru akan terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap perkara
harus dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah kedudukan
ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran dan
al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang
memberikan pemahaman umum?! Misalnya firman Allah ta`ala:
وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُونَ. (الحج: 77)
Ertinya: “Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”. (Surah al-Hajj: 77) Adakah setiap bentuk kebaikan
harus dikerjakan terlebih dahulu oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
supaya ia dihukumkan bahawa kebaikan tersebut boleh dilakukan?! Tentunya tidak
sedemikian. Dalam masalah ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hanya
memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Kerana itulah dalam setiap
pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan dengan Jawami` al-Kalim
ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah terdapat kandungan makna yang
sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
bersabda:
مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً
حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ
يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. (رواه الإمام مسلم في صحيحه)
Ertinya: “Barangsiapa yang
melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia
akan mendapatkan pahala dari perbuatannya tersebut dan pahala dari orang-orang
yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”.
(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya). Dan di dalam hadith
sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا
مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ”. (رواه مسلم)
Ertinya: “Barang siapa
merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal darinya maka
ia tertolak”. (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim) Dalam hadith ini Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa sesuatu yang baru dan tertolak
adalah sesuatu yang “bukan daripada sebahagian syari`atnya”. Ertinya, sesuatu
yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam itu sendiri.
Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di
dalam hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua perkara yang
belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, maka perkara
tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka Rasulullah tidak
akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan berkata: “Man Ahdatsa Fi
Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun yang merintis perkara baru dalam
agama kita ini, maka ia pasti tertolak). Dan bila maknanya seperti ini maka
bererti hal ini bertentangan dengan hadith yang driwayatkan oleh al-Imam Muslim
di atas sebelumnya. Iaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam Sunnatan Hasanatan….”.
Padahal hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi isyarat
anjuran bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang baik, dan yang
selari dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua perkara yang baru itu adalah
sesat dan ia tertolak. Namun setiap perkara baru harus dicari hukumnya dengan
melihat persesuaiannya dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai
maka boleh dilakukan, dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh
dilakukan. Karena itulah al-Hafizh Ibn
Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti berikut:
وَالتَّحْقِيْقُ أَنَّهَا إِنْ
كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ،
وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ
مُسْتَقْبَحَةٌ.
Ertinya: “Cara mengetahui
bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) menurut tahqiq (penelitian) para
ulama’ adalah bahawa jika perkara baru tersebut masuk dan tergolong kepada hal
yang baik dalam syara` bererti ia termasuk bid`ah hasanah, dan jika tergolong
kepada hal yang buruk dalam syara` maka berarti termasuk bid’ah yang buruk
(yang dicela)”. Bolehkah dengan keagungan Islam dan kelonggaran
kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa setiap perkara baharu itu adalah sesat?
2. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi biasanya berkata:
“Peringatan maulid itu sering dimasuki oleh perkara-perkara haram dan maksiat”.
Jawab:
Apakah kerana alasan tersebut lantas peringatan maulid menjadi haram secara
mutlak?! Pendekatannya, Apakah seseorang itu haram baginya untuk masuk ke
pasar, dengan alasan di pasar banyak yang sering melakukan perbuatan haram,
seperti membuka aurat, menggunjingkan orang, menipu dan lain sebagainya?! Tentu
tidak demikian. Maka demikian pula dengan peringatan maulid, jika ada
kesalahan-kesalahan atau perkara-perkara haram dalam pelaksanaannya, maka
kesalahan-kesalahan itulah yang harus diperbaiki. Dan memperbaikinya tentu bukan dengan mengharamkan
hukum maulid itu sendiri. Kerana itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani telah
menyatakan bahawa:
أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ
الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ
اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا
الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً.
Ertinya: “Asal peringatan
maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukil dari kaum al-Salaf al-Saleh pada
tiga abad pertama, tetapi meskipun demikian peringatan maulid mengandungi
kebaikan dan lawannya. Barangsiapa dalam memperingati maulid serta berusaha
melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal buruk yang
diharamkan), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Kalangan yang mengharamkan
peringatan Maulid Nabi berkata: “Peringatan Maulid itu seringkali menghabiskan
dana yang sangat besar. Hal itu adalah perbuatan membazirkan. Mengapa tidak
digunakan sahaja untuk keperluan ummat yang lebih penting?”. Jawab: Laa Hawla
Walaa Quwwata Illa Billah… Perkara yang telah dianggap baik oleh para ulama’
disebutnya sebagai membazir?! Orang yang berbuat baik, bersedekah, ia anggap
telah melakukan perbuatan haram, yaitu perbuatan membazir?! Mengapa orang-orang
seperti ini selalu saja berprasangka buruk (suuzhzhann) terhadap umat Islam?!
Mengapa harus mencari-cari dalih untuk mengharamkan perkara yang tidak
diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya?! Mengapa mereka selalu sahaja beranggapan
bahawa peringatan maulid tidak ada unsur kebaikannya sama sekali untuk ummat
ini?! Bukankah peringatan Maulid Nabi mengingatkan kita kepada perjuangan
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dalam berdakwah sehingga membangkitkan
semangat kita untuk berdakwah seperti yang telah dicontohkan baginda?! Bukankah
peringatan Maulid Nabi memupuk kecintaan kita kepada Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam dan menjadikan kita banyak berselawat kepada
baginda?! Sesungguhnya maslahat-maslahat besar seperti ini bagi orang yang
beriman tidak boleh diukur dengan harta. 4. Golongan yang mengharamkan
peringatan Maulid Nabi sering berkata: “Peringatan Maulid itu pertama kali
diadakan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Tujuan beliau saat itu adalah
membangkitkan semangat ummat untuk berjihad. Bererti orang yang melakukan
peringatan maulid bukan dengan tujuan itu, telah menyimpang dari tujuan awal
maulid. Oleh kerananya peringatan maulid tidak perlu”. Jawab: Kenyataan seperti
ini sangat pelik. Ahli sejarah mana yang mengatakan bahawa orang yang pertama
kali mengadakan peringatan maulid adalah sultan Salahuddin al-Ayyubi. Para ahli
sejarah, seperti Ibn Khallikan, Sibth Ibn al-Jauzi, Ibn Kathir, al-Hafizh
al-Sakhawi, al-Hafizh al-Suyuthi dan lainnya telah bersepakat menyatakan bahawa
orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah Sultan
al-Muzhaffar, bukan sultan Shalahuddin al-Ayyubi. Orang yang mengatakan bahawa sultan
Salahuddin al-Ayyubi yang pertama kali mengadakan Maulid Nabi telah membuat
“fitnah yang jahat” terhadap sejarah. Perkataan mereka bahawa sultan Salahuddin
membuat maulid untuk tujuan membangkitkan semangat umat untuk berjihad dalam
perang salib, maka jika diadakan bukan untuk tujuan seperti ini bererti telah
menyimpang, adalah perkataan yang sesat lagi menyesatkan. Tujuan mereka yang
berkata demikian adalah hendak mengharamkan maulid, atau paling tidak hendak
mengatakan tidak perlu menyambutnya. Kita katakan kepada mereka: Apakah jika
orang yang hendak berjuang harus bergabung dengan bala tentara sultan
Salahuddin? Apakah menurut mereka yang berjuang untuk Islam hanya bala tentara
sultan Salahuddin sahaja? Dan apakah di dalam berjuang harus mengikuti cara dan
strategi Sultan Salahuddin sahaja, dan jika tidak, ia bererti tidak dipanggil
berjuang namanya?! Hal yang sangat menghairankan ialah kenapa bagi sebahagian
mereka yang mengharamkan maulid ini, dalam keadaan tertentu, atau untuk
kepentingan tertentu, kemudian mereka mengatakan maulid boleh, istighatsah
(meminta pertolongan) boleh, bahkan ikut-ikutan tawassul (memohon doa agar
didatangkan kebaikan), tetapi kemudiannya terhadap orang lain, mereka
mengharamkannya?! Hasbunallah. Para ahli
sejarah yang telah kita sebutkan di atas, tidak ada seorangpun daripada mereka
yang mengisyaratkan bahawa tujuan maulid adalah untuk membangkitkan semangat
ummat untuk berjihad di dalam perang di jalan Allah. Lalu dari manakah muncul
pemikiran seperti ini?! Tidak lain dan tidak bukan, pemikiran tersebut hanya
muncul daripada hawa nafsu semata-mata. Benar, mereka selalu mencari-cari
kesalahan sekecil apapun untuk mengungkapkan “kebencian” dan “sinis” mereka
terhadap peringatan Maulid Nabi ini. Apa dasar mereka mengatakan bahawa
peringatan maulid baru boleh diadakan jika tujuannya membangkitkan semangat
untuk berjihad?! Apa dasar perkataan seperti ini?! Sama sekali tidak ada.
Al-Hafizh Ibn Hajar, al-Hafizh al-Suyuthi, al-Hafizh al-Sakhawi dan para ulama’
lainnya yang telah menjelaskan tentang kebolehan peringatan Maulid Nabi, sama
sekali tidak mengaitkannya dengan tujuan membangkitkan semangat untuk berjihad.
Kemudian dalil-dalil yang mereka kemukakan dalam masalah maulid tidak menyebut
perihal jihad sama sekali, bahkan mengisyaratkan saja tidak. Dari sini kita
tahu betapa rapuhnya dan tidak didasari perkataan mereka itu apabila berkaitan
dengan hukum, istinbath dan istidhal. Semoga Allah merahmati para ulama’ kita.
Sesungguhnya mereka adalah cahaya penerang bagi umat ini dan sebagai ikutan
bagi kita semua menuju jalan yang diredhai Allah. Amin Ya Rabb.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar